Monday, September 14

Tak tahan lagi... (Melly Goeslow)



Ini mungkin majlis perpisahan buat kali terakhir Shida bergelar BUJANG. Jumpa di Sunway Pyramid berbuka bersama dengan bun & air soya...tapi kira enjoy gak la dgn telatah masing-masing. Then, MEREKA sambung makan di My Mom Chicken Rice Shop...dan KAMI...di Flamming la...Nurul Ain pun turut gak mengaku sebagai ahli BESERIAN!!!

Batch 8teen MRSM Beseri

Raya mode...



In raya mode...tapi still dapat wat kerja yang diberi. Walau apapun situasi aku sekarang yang penting adalah komitmen pada kerja. Jangan cepat bosan...GAMBATE!!!

Please tell him/her

Tolong beritahu si dia, aku ada
pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung
adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia
bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati si dia, jgn
menyintaiku lbh dr dia menyintai Yang
Maha Esa..
Tolong nasihati si dia, jgn
mengingatiku lbh dr dia mengingati
Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jgn
mendoakanku lbh dr dia mendoakan ibu
bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan
Allah krn di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan
ibu bapanya krn di telapak itu
syurganya..

Tolong ingatkan si dia, aku terpikat
kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia, aku lebih
cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia, aku kasihinya
kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula
mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia
tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu
mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia, aku milik Yang
Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia, aku masih
milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia,
tanggungjawabnya besar kepada
keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap
cinta di kala cita-cita belum
terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini
enggan dirapati kerana menjaga batasan
cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila aku tidak
memberi sebarang respon positif kerana
ku ingin menjg kesucian prasaan ku
kepadanya daripada dicemari dgan debu
maksiat kami....

Tolong pesan padanya, aku tidak mahu
menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya, aku tak mahu
menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya, aku bukan
membuangnya,ku hanya membiarkan Yang
Esa menjaga dirinya..
Tolong pesan padanya,aku tak ingin cinta
kami dilaknati ALLAH..

Tolong khabarkan pada si dia, aku
tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu
dia berjaya dalam impian dan cita-
citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah
penyokong dalam kejayaanku ukhrawi
duniawi..
Tolong khabarkan kepadanya,jgan
meminta cinta dariku,kerna cinta ku
milik Allah,jika kau inginkannya kau
pinta lah dr Allah.Sesungguhnya aku
adalah milikNya..

Tolong sampaikan pada si dia, aku
mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia, cinta
kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan
ini terjaga selagi dia menjaga
hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana
aku tidak mampu memberitahunya
sendiri...

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa
si dia..
Moga pesananku sampai padanya walau
aku sendiri tidak mengetahui siapa dan
dimana si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa
memuji keagungan Yang Maha Kuasa
memasuki taman larangan dengan sopan
santunnya dan bertemu mawar berduri
yang terjaga oleh tuannya..
Wahai insan yang akan menerima
perkhabaran ku ini,simpanlah dan
laksanakanlah pesanan ku ini sehingga
engkau bertemu diriku suatu hari
nanti...

Why...? Am i beautiful...?

1.kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab dier nak tutup aurat...

2.kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab dier jage maruah

3.kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab dier cantik

4.kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab dier x nak tunjuk kecantikan dier

5.kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab dier anak solehah

6.kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab dier dengar ckp mak bapak dier

7.kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab dier hormati orang lain

8.kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab takut apabile dier tak pakai tudung orang tgk dier cantik..dan ade niat yg tak baik

9.kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab tak nak diminati ramai lelaki sgt

10.kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab tak nak menyusahkan orang lain

11.kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab dapat pahala

12.kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab dapat menghindari maksiat

13.kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab supaya dpt menjadi contoh pada perempuan lain

14.kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab supaya lelaki yg berIman je yg suker dier

15.kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab mendengar suruhan nabi...

16.kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab rambut perempuan adalah mahkota baginya...jadi jangan sewenangx2nya menunjuk kpd lelaki..kerana jika anda menunjuk maknanya anda tidak bernilai kerana mahkota anda telah dilhat oleh sumua lelaki (kecuali keluarga)

17.kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab dapat mengurangkan nafsu lelaki

18.kenape pompuan cantik pakai tudung...sebab patuh pada suami

JADI PEREMPUAN DILUAR SANA BERAMAI-RAMAILAH MEMAKAI TUDUNG KERANA ANDA
SEBENARNYA LEBIH CANTIK JIKA MEMAKAI
TUDUNG SESUNGGUH NYA ALLAH SUKA
AKAN HAMBANYA YANG MENGIKUTI PERINTAHNYA

Wanoi, Jermang


Ini Wanoi yg ada kt Kolej mana ntah di negara NAZI...harap2 bila balik nti Wanoi dapat menabur bakti di bumi Malaysia...bukkannya jadi Hitler no2!
Semoga berjaya Wanoi...

Sunday, September 13

Kecoh di Flamming

Batch 8teen

Gathering Beseri yg 1st aku join setelah sekian lama x foolow up cerita kawan2. Time ni masing2 suma hepi gila bangat walaupun terpaksa berkorban rm21 duit raya utk jamuan berbuka posa yg agak lewat pd jam 9 ++. Puas FARAH & SARAH ke hulu ke hilir dok confirm “port” kami. Tq FARAH & SARAH! Dalam banyak2 ni, ada yg dah berkerjaya, yg dh berfamily (opssss!!!), yg masih single, yg menjanda (hehehehe…) dan yg duda (ada ka?)…masing2 dgn cerita dan haluan masing2…
Thanks to Sarah, Farah, Yat, Az, Hanum, Ilyani, Nazwa, Bab, Aimi, Farah Liyana, Ain over (LDP), awek Ijoi (aku lupa nama), Apam, Cheng, Cput, Nami, Anzac, Chale, Amir, Nuar, Fathi, Ijoi, Azam…awek2 dan balak2 msg2…


Ni plak kwn lama aku dr MRSM Langkawi (ADA,yg plg kanan sekali) turut gak menyibuk nak buka posa di tempat yg sama, FLAMMING…nice meet again ADA…

Friday, September 11

Holla Beserian

Adakah anda BESERIAN? Mahu bertemu kembali teman-teman seperjuangan anda? Mahu mengimbau kembali kenangan-kenangan lampau bersama? Mahu mengeratkan kembali ukhwah yang kian renggang?

Ya..., di sini jawapannya. SARAH HOKI telah mengatur satu majlis berbuka puasa beramai-ramai di area Bandar Sunway (tempat belum confirm lg daaa...) pada 12 Sept 2009 (Sabtuday) jam lepas Bilal azan Maghrib. Ini untuk yg study area Lembah Klang. Kepada yang study luar Lembah Klang or "oversea", pandai-pandailah korang arrangekan sendiri. Masing-masing dah besar panjang. Kalau boleh join ngan kitorang lagi bagus!!! Di samping itu, aktiviti bergambar secara berjemaah akan dikepalai oleh APAM @ ABG ZAIDY. Pakat suma tak pi terawih la jawabnya nanti. Seterusnya membincangkan aktiviti-aktiviti atau program-program lanjutan mengenai SIRIH PULANG KE GAGANG BATCH 18. Banyak cerita-cerita panas di sana... Wait n C...

A ti ullah...

"A ti ullah, ha wa ati ur rasul, wa u lil am ri mim kum."

"Taatlah kamu pada Allah, taatlah kamu pada Rasul dan pemimpin di kalangan kamu."

Ayat di atas membawa maksud kita perlu taat kepada Allah yakni dengan menjalankan segala perintahNya dan meningalkan segala laranganNya. Selepas itu barulah Rasul, yakni kita mengikut seruan dan amalan yang telah diwarisi kepada kita. Dan yang terakhir sekali, barulah para pemimpin di kalangan manusia yakni Ibubapa, Suami, Bos di tempat kerja, Pengarah Projek dalam kumpulan dan sebagainya... Seorang pemimpin memegang tanggungjawab dan amanah yang sangat besar. "Jangan macam ketam yang berjalan bengkok tetapi mengajar anaknya supaya berjalan lurus..." Sama-samalah kita renungkan ungkapan tersebut! Chalo...

u r my love...

Di suatu hari kau datang dan bertanya padaku apa yang lebih penting: Dirimu atau nyawaku? Dan aku menjawab nyawaku lebih penting dan kau pun berlalu dengan penuh kekecewaan tanpa pernah kau sedari bahawa kaulah nyawaku itu. Sesungguhnya kau adalah cinta dan nyawaku dalam hidup ini.

Cinta pertama adalah kenangan. Cinta kedua menjadi pengajaran. Dan cinta yang seterusnya adalah satu keperluan kerana hidup tanpa cinta bagaikan masakan tanpa garam. Lantaran itu bajailah cinta yang dianugerahkan itu sebaik-baiknya. Agar ia terus mekar dan wangi sepanjang musim.

i LAP u

English - I love you
Afrikaans - Ek het jou lief
Albanian - Te dua
Arabic - Ana behibak (to male) Arabic - Ana behibek (to female)
Armenian - Yes kez sirumen
Bambara - M'bi fe
Bangla - Aamee tuma ke bhalo aashi
Belarusian - Ya tabe kahayu
Bisaya - Nahigugma ako kanimo
Bulgarian - Obicham te
Cambodian - Soro lahn nhee ah
Cantonese Chinese - Ngo oiy ney a
Catalan - T'estimo
Cheyenne - Ne mohotatse
Chichewa - Ndimakukonda
Corsican - Ti tengu caru (to male) Creol - Mi aime jou
Croatian - Volim te
Czech - Miluji te
Danish - Jeg Elsker Dig
Dutch - Ik hou van jou
Esperanto - Mi amas vin
Estonian - Ma armastan sind
Ethiopian - Afgreki'
Faroese - Eg elski teg
Farsi - Doset daram
Filipino - Mahal kita
Finnish - Mina rakastan sinua
French - Je t'aime, Je t'adore
Gaelic - Ta gra agam ort
Georgian - Mikvarhar
German - Ich liebe dich
Greek - S'agapo
Gujarati - Hoo thunay prem karoo choo
Hiligaynon - Palangga ko ikaw
Hawaiian - Aloha wau ia oi
Hebrew - Ani ohev otah (to female) Hebrew - Ani ohev et otha (to male)
Hiligaynon - Guina higugma ko ikaw
Hindi - Hum Tumhe Pyar Karte hae
Hmong - Kuv hlub koj
Hopi - Nu' umi unangwa'ta
Hungarian - Szeretlek
Icelandic - Eg elska tig
Ilonggo - Palangga ko ikaw
Indonesian - Saya cinta padamu
Inuit - Negligevapse
Irish - Taim i' ngra leat
Italian - Ti amo
Japanese - Aishiteru
Kannada - Naanu ninna preetisuttene
Kapampangan - Kaluguran daka
Kiswahili - Nakupenda
Konkani - Tu magel moga cho
Korean - Sarang Heyo
Latin - Te amo
Latvian - Es tevi miilu
Lebanese - Bahibak
Lithuanian - Tave myliu
Malay - Saya cintakan mu / Aku cinta padamu
Malayalam - Njan Ninne Premikunnu
Mandarin Chinese - Wo ai ni
Marathi - Me tula prem karto
Mohawk - Kanbhik
Moroccan - Ana moajaba bik
Nahuatl - Ni mits neki
Navaho - Ayor anosh'ni
Norwegian - Jeg Elsker Deg
Pandacan - Syota na kita!!
Pangasinan - Inaru Taka
Papiamento - Mi ta stimabo
Persian - Doo-set daaram
Pig Latin - Iay ovlay ouyay
Polish - Kocham Ciebie
Portuguese - Eu te amo
Romanian - Te ubesk
Russian - Ya tebya liubliu
Scot Gaelic - Tha gra\dh agam ort
Serbian - Volim te
Setswana - Ke a go rata
Sign Language - ,\,,/ (represents position of fingers when signing'I Love You')
Sindhi - Maa tokhe pyar kendo ahyan
Sioux - Techihhila
Slovak - Lu`bim ta
Slovenian - Ljubim te
Spanish - Te quiero / Te amo
Swahili - Ninapenda wewe
Swedish - Jag alskar dig
Swiss-German - Ich lieb Di
Tagalog - Mahal kita
Taiwanese - Wa ga ei li
Tahitian - Ua Here Vau Ia Oe
Tamil - Nan unnai kathalikaraen
Telugu - Nenu ninnu premistunnanu
Thai - Chan rak khun (to male)Thai - Phom rak khun (to female)
Turkish - Seni Seviyorum
Ukrainian - Ya tebe kahayu
Urdu - mai aap say pyaar karta hoo
Vietnamese - Anh ye^u em (to female) Vietnamese - Em ye^u anh (to male)
Welsh - 'Rwy'n dy garu
Yiddish - Ikh hob dikh
Yoruba - Mo ni fe

Thursday, September 10

MasyaAllah...

Ya Allah...ramainya makhluk yg berpusu-pusu di McD sec3. Drive thru blh tahan jem. Kalah bazar ramadhan cek. Hari ni 1st time KAMI berbuka di McD dgn juadah yg agak sederhana asalkan kenyang dan puas hati pada harga yg acceptable. Table mmg full la gua cakap beb. Nasib baik la McD ni dekat dgn Tasik Shah Alam. Jadi KAMI berbuka di sana...romantik lagi beb dgn suasana yang nyaman lagi mempersona mata memandang. Di sana ramai gak la couple-couple yang bertandang. Tak kurang hebatnya jugak dgn ada yg bawa sefamily sekali. Bukan main lagi dorang berkelah. Masa nak take-off apa lagi makhluk-makhluk yg baru sampai sedangkan Maghrib kian melabuhkan tirainya...Apa nak jadi ni beb? Sendiri mau ingat la... Kubur masing-masing! Zaaasss...

Advice utk yg BAJET cun!

Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasulullah s.a.w keran bginda telah ditentukan maksum. Selebihnya tidak terkecuali daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit dan bermacam-macam perkara lagi.

Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat. Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik tanpa anda alam ini tidak akan sempurna.

Memang Allah swt menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah berkuasanya Allah swt. Dia berhak dan mampu buat apa sahajamengikut kehendak-Nya. Kita tidak ada hak untuk mempertikai persoalan itu dan ini, mempertikai itu ini.

Anda mungkin merasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda. Nah, anggaplah ia suatu kelebihan. Jika anada berasa anda buruk, ia satu kelebihan yang tiasa pada orang cantik.Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung ? Tidak, tidak selalunya begitu. Kadang-kadang kecantikan membawa kemusnahan. Setelah anda dikenali sebgai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk.

Orang cantik fobia menjadi buruk. Setiap kedutan diwajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan diri. Saat menjadi buruk pasti akan tiba, bagaimana sicantik akan menghadapi hari tua mereka.Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?

Kadang-kadang semut yang diberikan sayap oleh Allah swt supaya dia boleh terbang dan menerjah api. Samalah halnya kadang-kadang seseorang manusia diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberi balasan yang setimpal diAkhirat.

Tontonilah filem-filem atau drama di TV. Kisah hidup orang cantik penuh duri.Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas daripada sifak riak dan takbur.

Penghuni neraka kebanyakannya wanita sebagaimana sabda Rasulullah saw. wanita itu tentu yang cantik tetapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan Allah swt kepadanya.Dan tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan mempertikaikan kerja Tuhan.

Siapakah penghuni syurga itu, baragkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia. Cantik pada pandangan Allah swt ialah ketaatannya terhadap semua perintah dan larangan Allah swt. Barangkali yang buruk tapi dia faham Allah swt tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada didalam hatinya.

Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manusia selalu tersasar.Hargailah diri anda sebab kewujudan anda membuktikan kekuasaan Allah swt. !!!

Lembutlah wahai yang KERAS!!!

Katakanlah pada sisuami bahawa isteri itu adalah ladangnya. Jagalah amanah Allah tersebut agar ladang tersebut dapat membuahkan hasil yang subur dan berbau harum. Ameen.

Dalam kehidupan berumahtangga sudah tentu tidak dapat dielakkan perselisihan faham antara suami-isteri. Sama ada ia berpunca dari suami atau pihak isteri. Namun apa yang penting ialah bagaimana mereka menghadapinya serta menyelesaikan masalah yang menimpa mereka.

Sesetengah suami apabila mendapati isterinya marah-marah, terus tinggalkan isteri tanpa menyelidik apa punca sebenar.Kadang-kadang sampai berhari-hari tidak pulang kerana runsing dengan karenah isteri yang suka mengamuk dan membebel. Tidak kurang juga yang mencari hiburan luar, semata-mata untuk menenangkan fikiranyang runsing itu. Malah ada yang bermain kayu tiga kononnya isteri di rumah tidak pandai melayan, hanya suka marah-marah sahaja.

Kalau begini tindakan yang diambil, sebenarnya ia bukan menyelesaikan masalah, tetapi menambah masalah. Suami adalah pemimpin dan guru kepada isterinya. Suami tidak seharusnya hanya mengeluh dan menyalahkan isteri semata-mata tanpa mendidiknya terlebih dahulu.

Sebagai suami, di samping tugasnya mencari nafkah untuk seisi keluarga, dia juga wajib mendidik isteri sertaanak-anaknya. Dan proses mendidik ini bukan cukup hanya sekal dua dinasihati, tetapi ia memakan masa yang lama.

Pada saat suami yang sedang marah-marah, janganlah dihadapi isteri dalam keadaan marah-marah juga. Lebih-lebih lagi jangan menghadapinya dengan kasar, keras atau menghukumnya. Sebab wanita itu lemah,dijadikan daripada tulang rusuk yang bengkok, kalau dikasari ia akan terus bengkok dan mungkin patah.

Rasulullah SAW bersabda : “Hendaklah kamu berlaku dan berbicara baik-baik dengan wanita, kerana mereka diciptakan daripada tulang rusuk yang bengkok dan yang paling bengkok ialah yang berada di bahagian atas. Jika kamu meluruskannya ia akan patah dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok. Kerana itu hendaklah kamu berlaku dan berbicara sebaik-baik dengan wanita”

Suami hendaklah bijaksana dalam menghadapi ragam isteri serta sentiasa bersabar dan tidak tergesa-gesa mengambil tindakan. Dalam hal ini, Rasullullah SAW merupakan contoh terbaik dan sempurna.Baginda berlaku begitu adil dan baik terhadap isteri-isterinya. Bahkan bagindalah orang yang paling tabah dan sabar menghadapi ragam ketika sedang marah, memperlihatkan rasa cemburu atau di saat sedang berselisih faham dalam sesuatu perkara. Semuanya itu baginda hadapi dengan lemah lembut, penuh berhikmah dan kasih sayang, sambil memberikan peringatan yang baik.

Baginda pernah bertanyakan Aishah R.Anha di mana letaknya bekas bibir Aishah pd gelas minumannya supaya di bekas itu juga bibir Baginda yg indah mulia akan diletakkan untuk meminum
minuman tersebut. Juga pernah para Ummul Mukminin bertanya kepada Baginda siapakah di kalangan isteri yang paling Baginda kasihi..cintai..Dengan pendekatan yang bijak Baginda
menyatakan bahwa barangsiapa yang memperolehi cincin yang akan diberikan maka beliaulah orang yang dikasihi..dicinai Baginda.

Jawapannya,kesemua mereka memperolehi seorang setiap satu. Di dalam riwayat lain, Baginda S.A.W juga pernah bersyair untuk isterinya bahkan sengaja mengalah dalamberlumba lari dengan
isteri. Nah, inilah akhlak mulia dalam system kekeluargaan yang kian pudar-malap dalam masyarakat kita apabila sang suami berjalan berseorang berpuluh meter di hadapan sedangkan
sang isteri pula di belakang tanpa pelindung sepatutnya.

Begitu juga dengan para Sahabat,mereka mengambil sikap sabar apabila ada sesuatu perkara yang tidak kena dengan isteri mereka. Pernah pada satu ketika datang seorang lelaki ke rumah Khalifah Umar Ibnu Khattab r.a untuk mengadukan karenah isterinya. Beberapa saat lamanya dia menunggu si depan pintu, tiba-tba dia terdengar suara isteri Khalifah Umar sedang marah-marah pada suaminya, tetapi khalifah tetap diam dan tidak menyahut.

Melihatkan keadaan seperti itu lelaki tersebut pergi meninggalkan tempat itu sambil berkata pada dirinya: “Kalau keadaan Amirul Mukminin seperti itu, apa lagilah keadaanku!” Tetapi sebaik sahaja dia hendak melangkah pergi, Khalifah Umar keluar dan memanggilnya.

Umar bertanya, “Apakah tujuankedatnganmu?” “Ya Amirul Mukminin, aku datang untuk mengadu kelakuan isteriku. Dia sangat cerewet dan sering menghamburkan kata-kata kesat kepadaku. Akan tetapi apabila aku sampai di depan rumah Amirul Mukminin, aku dengar isteri tuan juga sama dengan isteriku. Kerananya aku lalu berfikir, “Kalau isteri Amirul Mukminin pun seperti itu, apa lagilah isteriku.”

Khalifah Umar menjawab: “Aku tabah dan sabar menghadapi kenyataan itu kerana dia telah menunaikan kewajipan dengan baik terhadapdiriku. Dialah yang memasak makananku, dialah yang membuat roti bagiku,dialah yang mencuci pakaianku, dialah yang menyusukan anak-anakku, padahal itu bukan merupakan kewajipan baginya. “Dan dialah juga yang mententeramkan hatiku sehingga aku dapat Menjauhkan diriku dari perbuatan yang haram. Kerana itulah aku tabah dan sabar mendengarkan apa sahaja yang dikatakannya mengenai diriku!”

Lelaki itu menyahut: “Ya Amirul Mukminin, demikian juga isteriku!” Khalifah Umar kemudian menasihatinya: “Saudara,bersabarlah menghadapi isterimu, kerana keadaannya itu hanya sebentar sahaja.”

Jadi, para suami hendaklah selalu bertolak ansur&memberi kemaafan sekiranya berlaku krisis dengan isteri. Tidak ada gunanya diikutkan rasa marah krnmarah adalah kunci kepada segala kebencian dan pergaduhan. Tidak rugi kpd org yg menahan rasa marahnya.

Sunnah Rasulullah S.A.W bukan hanya berkisar pd kahwin 4, bukan sekadar berkerja di siang hari
bahkan dari banyak segi perlu dicontohi. Lebih-lebih lagi akhlak yg akan mencerminkan sbg syiar kpd org bukan Islam samada menjd asbab hidayat utk mereka memeluk Islam atau semakin jauh drpd kebenaran disebabkan kejahilan kita sendiri.

Hadis Rasulullah SAW : ” Ada 3 perkara yg jika ada antara kamu yg melakukannya Allah berkenan melimpahkan perlindungan&rahmat kpdnya serta memasukkannya ke dlm Syurga-Nya. Iaitu orang yg jika diberi ia berterima-kasih (bersyukr), jika diperlakukan hal yg buruk ia memberi maaf&jika marah ia dpt menahan diri.”

Rasulullah SAW juga bersabda ; “Siapa yg sabar menghadapi perlakuan buruk isterinya, Allah akan memberinya balasan pahala spt yg diberikanNya kpd Nabi Ayub atas ketabahannya menghadapi cubaan&sikap isterinya, manakala isteri yg sabar menghadapi perlakuan buruk suaminya, Allah akan memberinya balasan pahala spt yg diberikanNya kpd Asiah, isteri Firaun.”

Tips utk slim...benarkah?

Berikut ini disenaraikan 10 tips bagaimana anda boleh menguruskan badan dan mengawal berat badan anda tanpa menggunakan ubat/bahan kimia. Jika anda mengamalkan apa yang disarankan, saya yakin pasti anda dapat merasai kesannya.

Ada 25 tips kesemuanya. Tapi saya akan kongsikan 10 tips terlebih dahulu agar anda dapat praktikkan secara berperingkat-peringkat.

1. Jangan Berlapar
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar ‘muscle’(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. Ambil sesuatu yang pahit sebelum makan
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. Minum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma
simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. Elakkan minum minuman yang bergas
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. Kurangkan pengambilan garam
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penakungan air. Mengurangkan pengambilan garam
bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. Ambil sarapan pagi
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan peng ambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. Makanlah dengan perlahan-lahan
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara
perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. Kunyah makanan kepada cebisan lebih kecil
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. Kerap makan
Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit ;daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. Elakkan makan makanan ringan/ snek/ cekedis
Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

Neraka @ Hell

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami,kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami &semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.

Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH,namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.
Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalahsegala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN.....

.: Luasnya Neraka :.

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datangkepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaanberubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya: "Ya Muhammad, akudatang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orangyg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itubenar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasaaman dari padanya."

Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifatJahannam."

Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakanselama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahunsehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitamgelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutusengkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakarpenduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahlineraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan matipenduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkaudengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalamAl-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawahbumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang dihujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujungtimur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi,dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potonganapi. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannyayang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pinturumah kami?"

Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya dibawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun,tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman:iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"

Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang ygkafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusibernama Ladha,
Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir."

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"

Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat." Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu,sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar

nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat kuyang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyangkemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah. (dipetik dari kitab "PeringatanBagi Yg Lalai")

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiatsedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kitasemua. Wallahua'lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159 Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kamiterangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.